Thursday 28 June 2012

Khasiat Madu Lebah


 Pemakanan Sunnah Rasulullah





-Makanan halal lagi berkhasiat yang perlu diutamakan oleh manusia hari ini ialah madu lebah. Terdapat banyak penawar yang bermanfaat bagi kesihatan manusia yang terkandung dalam madu lebah. Dalam surah an-Nahl ayat 69, Allah menjelaskan, “Keluar daripada perut lebah minuman madu yang pelbagai warnanya, dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.”


-Madu lebah adalah nectar yang pekat dan adalah makanan asas bagi lebah dewasa. Madu lebah yang dicampurkan debunga menjadi makanan asas bagi lebah di peringkat larva. Ia mengandungi gula asli glukosa dan fruktosa yang mudah di hadam. Apabila ia dicampurkan dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C disamping pelbagai jenis zat logam seperti magnesium, kalium (potasium), kalsium, natrium (sodium), klorin, belerang dan zat besi.





-Ahli-ahli sains daripada pelbagai Negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993, di Cina. Hal ini dinyatakan oleh Harun Yahya dalam For Men Of Understanding (2nd Edition), terbitan Ta-Ha Publishers Ltd, London.


-Madu lebah mempunyai pelbagai khasiat. Ia digunakan sebagai penawar bagi pelbagai jenis penyakit di merata tempat di dunia ini. Sebagai contoh, madu lebah dari pokok strawberry di Sardinia digunakan bagi merawat pelbagai jenis penyakit kerana kesan terapeutiknya yang hebat.


-Demikian juga dengan madu lebah dari Lembah Jirdin di Yemen. Ia dikagumi di Dubai sebagai penawar bagi pelbagai jenis penyakit.Madu lebah dari pokok teratai di India pula terkenal sebagai penawar bagi penyakit mata.


-Madu lebah Manuka dari New Zealand memang terkenal di seluruh dunia kerana kesan antiseptiknya yang mengagumkan. Professor Madya Peter Charles Molan dari Unit Kajian Madu Lebah, Universiti Waikato, New Zealand, mengkaji dan mendapati madu lebah Manuka dari New Zealand ini mampu membunuh pelbagai jenis kuman sama ada daripada jenis bacteria, fungus atau protozoa. Ia juga berkesan ke atas kuman yang sering menyerang kawasan luka iaitu kuman daripada jenis staphylococcus aureas. 


-Disamping itu, madu lebah mengandungi bahan pembunuh kuman hydrogen peroksida dalam kosentrasi yang rendah, iaitu, 1000 kali lebih rendah dari larutan hidrogen peroksida 3 peratus yang sering digunakan di makmal. Walaupun demikian, ia efektif sebagai bahan pembunuh kuman apabila digunakan pada luka-luka.


-Madu lebah juga mempunyai bahan pencegah kanser. Hal ini dinyatakan oleh para pengkaji dari Universiti Zagreb di Croatia selepas melakukan beberapa ujian ke atas beberapa ekor tikus.Berkemungkinan besar, tidak berapa lama lagi, madu lebah akan menggantikan antibiotic yang sedia ada dalam usaha bagi merawat dan mencegah jangkitan kuman. Hal ini disebabkan madu lebah mampu menembusi system pertahanan kuman sekali gus mencegah pembiakan dan jangkitan kuman.


-Justeru, benarlah Allah yang mengatakan bahawa madu lebah mengandungi pelbagai penawar dan khasiat bagi seluruh manusia di dunia ini. 

No comments:

Post a Comment