Thursday 28 June 2012

Tokoh islam Matematik



Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

            Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M.  Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

PENDIDIKAN

            Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

            Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.  Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

            Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.  Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

            Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

Rahsia keajaiban molekul air dan air zamzam


Firman Allah S.W.T :“Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup”
(Surah Al-Anbia, ayat 30 )

Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat peka sekali dalam menjalankan perintah Tuhannya!

Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?


Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik. Air sebenarnya boleh merakam setiap bunyi gema getaran yang dihadirkan kepadanya dengan baik termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks. Air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.

Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan mengikut tradisi agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian ia diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.

10 perkara yang merosakkan otak

Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang menganugerahkan pelbagai nikmat kepada hamba-Nya di atas muka bumi ini. Akan tetapi, kurniaan nikmat itu tidak dapat dihitung sesiapa pun seperti firman Allah yang bermaksud: Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. (Surah Ibrahim, ayat 34)


-Kita sebagai umat islam harus menjaga kesihatan diri kerana antara nikmat yang Allah berikan kepada kita yang susah untuk didapati ialah nikmat sihat.

Matematik itu MUDAH!

-Saya ingin mengongsikan sedikit tips dan jalan kerja mudah untuk mengira matematik.Disini ada dua video yang ingin saya kongsikan.Selamat mencuba ^_^


1)Cara yang lebih cepat untuk mensegikan mana-mana nombor berhampiran 100








2)Cara yang lebih cepat untuk mencari persegi berhampiran 100








Khasiat Madu Lebah


 Pemakanan Sunnah Rasulullah





-Makanan halal lagi berkhasiat yang perlu diutamakan oleh manusia hari ini ialah madu lebah. Terdapat banyak penawar yang bermanfaat bagi kesihatan manusia yang terkandung dalam madu lebah. Dalam surah an-Nahl ayat 69, Allah menjelaskan, “Keluar daripada perut lebah minuman madu yang pelbagai warnanya, dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.”


-Madu lebah adalah nectar yang pekat dan adalah makanan asas bagi lebah dewasa. Madu lebah yang dicampurkan debunga menjadi makanan asas bagi lebah di peringkat larva. Ia mengandungi gula asli glukosa dan fruktosa yang mudah di hadam. Apabila ia dicampurkan dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C disamping pelbagai jenis zat logam seperti magnesium, kalium (potasium), kalsium, natrium (sodium), klorin, belerang dan zat besi.





-Ahli-ahli sains daripada pelbagai Negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993, di Cina. Hal ini dinyatakan oleh Harun Yahya dalam For Men Of Understanding (2nd Edition), terbitan Ta-Ha Publishers Ltd, London.


-Madu lebah mempunyai pelbagai khasiat. Ia digunakan sebagai penawar bagi pelbagai jenis penyakit di merata tempat di dunia ini. Sebagai contoh, madu lebah dari pokok strawberry di Sardinia digunakan bagi merawat pelbagai jenis penyakit kerana kesan terapeutiknya yang hebat.


-Demikian juga dengan madu lebah dari Lembah Jirdin di Yemen. Ia dikagumi di Dubai sebagai penawar bagi pelbagai jenis penyakit.Madu lebah dari pokok teratai di India pula terkenal sebagai penawar bagi penyakit mata.


-Madu lebah Manuka dari New Zealand memang terkenal di seluruh dunia kerana kesan antiseptiknya yang mengagumkan. Professor Madya Peter Charles Molan dari Unit Kajian Madu Lebah, Universiti Waikato, New Zealand, mengkaji dan mendapati madu lebah Manuka dari New Zealand ini mampu membunuh pelbagai jenis kuman sama ada daripada jenis bacteria, fungus atau protozoa. Ia juga berkesan ke atas kuman yang sering menyerang kawasan luka iaitu kuman daripada jenis staphylococcus aureas. 


-Disamping itu, madu lebah mengandungi bahan pembunuh kuman hydrogen peroksida dalam kosentrasi yang rendah, iaitu, 1000 kali lebih rendah dari larutan hidrogen peroksida 3 peratus yang sering digunakan di makmal. Walaupun demikian, ia efektif sebagai bahan pembunuh kuman apabila digunakan pada luka-luka.


-Madu lebah juga mempunyai bahan pencegah kanser. Hal ini dinyatakan oleh para pengkaji dari Universiti Zagreb di Croatia selepas melakukan beberapa ujian ke atas beberapa ekor tikus.Berkemungkinan besar, tidak berapa lama lagi, madu lebah akan menggantikan antibiotic yang sedia ada dalam usaha bagi merawat dan mencegah jangkitan kuman. Hal ini disebabkan madu lebah mampu menembusi system pertahanan kuman sekali gus mencegah pembiakan dan jangkitan kuman.


-Justeru, benarlah Allah yang mengatakan bahawa madu lebah mengandungi pelbagai penawar dan khasiat bagi seluruh manusia di dunia ini. 

Kepentingan matematik dalam kehidupan


-Ramai di antara kita tahu tentang kelebihan matematik dalam kehidupan ini.Sesetengah orang juga ada yang tidak tahu kepentingan matematik dalam kehidupan harian kita selain dari pengiraan asas.Mari kita memberi tumpuan kepada beberapa manfaat matematik dalam kehidupan ini.




-Kepentingan matematik adalah dua kali ganda pentingnya dalam kehidupan, ia membantu dalam kemajuan sains dan teknologi dan kedua pula adalah untuk membantu kita dalam memahami bagaimana proses alam semesta. Bagi masyarakat umum adalah penting untuk perkembangan peribadi mereka, kedua-duanya di tempat kerja dan dalam pengiraan fikiran.



-Matematik menyediakan alat kepada manusia biasa untuk memahami dunia dan bagaimana ia boleh berubah. Alat ini termasuk kemahiran yang diperlukan untuk penyelesaian masalah, sebab-sebab logik, dan kebolehan untuk berfikir dalam pelbagai cara.Matematik adalah sangat penting dalam kehidupan harian kita, dalam pelbagai bentuk pekerjaan, pembangunan dalam bidang sains dan teknologi, bidang perubatan, ekonomi kita, statistik alam sekitar atau pengiraan dan untuk membuat keputusan awam.



Kepentingan Sains Dalam Kehidupan




-Faedah dan kepentingan sains di dalam kehidupan seharian memang tidak dapat dinafikan oleh semua manusia. Sains dapat memberikan suatu insprisasi baru terhadap kehidupan manusia sejagat. Kelebihan dan kemanfaatan bidang ilmu ini dapat dilihat di dalam ruang perspektif dunia kini.Tanpa sains manusia mungkin tidak boleh hidup diatas muka bumi ini.




-Sejarah ketamadunan dan kemajuan sains yang dipelopori tokoh-tokoh sarjana Islam, perkembangan sains sebenarnya bukanlah datang dari Barat seperti yang didakwa oleh sarjana-sarjana dan para ilmuan negara Barat, tetapi ianya datang dari negara-negara Islam suatu ketika dahulu.



                         =(Ibnu Sina)=